Berita

Rafie: Mangsa banjir Ampangan sudah mula terima sumbangan RM500

Sebanyak 294 keluarga terima sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan

AMPANGAN: Mangsa banjir di DUN Ampangan sudah mula menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sebanyak RM500 setiap keluarga.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, beliau telah mula menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir sejak semalam.

“Walaupun sumbangan ini hanya bernilai RM500 untuk setiap keluarga dan kita memahami jumlah kerugian mungkin jauh lebih besar, tetapi sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada semua yang terlibat dengan musibah ini.

“Pengerusi MPKK akan berusaha untuk menyerahkan bantuan kewangan (kepada yang masih belum menerima) selewat-lewatnya hari ini.

“Oleh kerana sumbangan ini akan disampaikan dari rumah ke rumah oleh Pengerusi MPKK sendiri, maka diharap semua mangsa banjir dapat bersabar jika ada sedikit kelewatan.

“Saya juga telah menghulurkan bantuan makanan asas kepada setiap rumah yang terbabit. Bantuan ini merangkumi pelbagai jenis makanan seperti beras, minyak masak, tepung dan gula.

Selain itu, saya juga menyumbang selimut dan tikar getah,” kata Mohamad Rafie.

Menurut Mohamad Rafie, setakat hari ini jumlah mangsa banjir di DUN Ampangan adalah sebanyak 294 keluarga.

“Ini membabitkan Taman Dusun Nyior, Taman Nyior, Taman Nyior Hijau, Taman Lee Siew Joo, Kampung Baru Blok A, Kampung Baru Blok B, Kampung Baru Blok C, Kampung Ismail, Kampung Bahagia Jiboi dan Jalan Dato Muda Linggi.

“Jika ada mana-mana keluarga yang terbabit dengan banjir kilat pada 4 November yang lepas tetapi nama mereka tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, mohon hubungi Pengerusi MPKK seperti yang tersenarai di bawah untuk membolehkan Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan menyampaikan bantuan,” ujar Mohamad Rafie.

MPKK Kg Ismail: Encik Karim: 019-601 1290

MPKK Kg Sekolah: Encik Hashinordin: 016-368 4279

MPKK Dusun Nyior: Encik Halmi: 017-346 0372

MPKK Sg Landak: Encik Abu Omar: 011-1094 5167

MPKK Jiboi: Encik Ishak: 019-620 2966

MPKK Jalan Kuala Pilah: Encik Azhar: 012-675 1272

Show More

Related Articles

Back to top button