Aktiviti

Palong: 20 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan Deepavali

PALONG: Sempena sambutan Deepavali esok, Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah menganjurkan Majlis Sumbangan Deepavali di pejabatnya di Felda Palong 4,5,6.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama KeADILan Cabang Jempol itu telah meraikan 20 keluarga yang terdiri dari OKU, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan.

“Sempena sambutan Deepavali pada 14 November ini, kita telah serahkan sumbangan barangan keperluan dapur untuk meringankan beban mereka.

“Semoga dengan sumbangan ini, ianya dapat memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini yang disambut sederhana kerana pandemik Covid-19.

“Patuhi SOP yang ditetapkan dalam menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini,” kata Rebin.

Salah seorang penerima, R.Ramaiyee berkata, beliau terharu dengan sumbangan ini.

“Ini kali pertama saya menerima sumbangan seperti ini. Terima kasih kepada Penyelaras DUN dan KeADILan Jempol,” ujarnya.

M.Ramasamy yang kaki kanannya telah dipotong kerana komplikasi penyakit kencing manis, menyatakan perasaan terharunya atas pemberian sumbangan ini.

Turut hadir Naib Ketua Cabang 1 KeADILan Jempol, Saudara Faiz Gobi Abdullah dan Kordinator Program, Puan Nirmala Mathevan.

Foto: Khalil ar-Rahman

Show More

Related Articles

Back to top button