Berita

550 keluarga dari Taman Bidara terima bantuan makanan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren yang diwakili Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali dan Pengerusi DAP Cawangan Taman Bidara, Puan Krishnaveni telah mengagihkan barangan keperluan asas kepada 550 keluarga di Taman Bidara.

“Program agihan bantuan dari rumah ke rumah ini adalah inisiatif dan kerjasama antara Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dan Persatuan Pemeliharaan Akhlak Rahang.

“Sumbangan sejumlah 550 set bakul makanan telah diagihkan kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban para penerima dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berterusan,” kata Jamilah.

Show More

Related Articles

Back to top button