Berita

56 penganut Hindu terima sumbangan kewangan daripada Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah memberi sumbangan kewangan kepada 56 orang penganut Hindu sempena sambutan Deepavali di Ladang Salak.

Nasir berkata, setiap seorang menerima wang tunai sebanyak RM150.

“Sumbangan tersebut bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang Deepavali pada 24 Oktober ini.

“Semoga perayaan Deepavali kali ini lebih meriah dan gembira,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button