Berita

Mangsa banjir Dangi disantuni Gunasekaren dan Teo

JOHOL: Mangsa banjir Kampung Air Talang, Dangi mendapat perhatian ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong.

Gunasekaren dan Teo telah melawat pusat penempatan sementara mangsa banjir di Dewan Kampung Desa Dangi.

“Seramai 10 keluarga yang melibatkan 31 orang mangsa banjir di tempatkan di pusat penempatan sementara ini.

“Kami telah menghulurkan bantuan berupa makanan dan tilam kepada mangsa banjir

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir,” kata Gunasekaren.

Turut hadir Penyelaras DUN Johol, YM Tunku Yazid Tunku Adzim; Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Mokhtar Ahmad dan Pengerusi MPKK Kampung Desa Dangi, Encik Foo.

Show More

Related Articles

Back to top button