Berita

Mangsa banjir Felda Bukit Rokan terima bantuan Kerajaan Negeri RM500

GEMENCHEH: Seramai 47 mangsa banjir dari Felda Bukit Rokan menerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sebanyak RM500 setiap keluarga.

Penyelaras DUN Gemencheh Abd Llatif A Tambi berkata, beliau telah mula menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir sejak semalam di Dewan Bakti Felda Bukit Rokan.

“Walaupun sumbangan ini hanya bernilai RM500 untuk setiap keluarga dan kita memahami jumlah kerugian mungkin jauh lebih besar, tetapi bantuan ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada semua mangsa banjir terlibat dengan musibah ini,” kata Abd Latif.

Abd Latif berkata, 47 mangsa banjir yang terjejas ini dari Felda Bukit Rokan, Felda Bukit Rokan Utara dan Kampong Tengah.

Show More

Related Articles

Back to top button