Berita

57 keluarga dikuarantin terputus bekalan makanan dibantu Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mengagihkan bantuan makanan kepada 57 keluarga yang dikuarantin dan terputus bekalan makanan akibat Covid-19 di DUN Gemencheh.

Abd Latif berkata, bantuan makanan ini disalurkan melalui MPKK setempat untuk diagihkan dengan SOP yang ketat kepada keluarga yang dikuarantin dan terputus bekalan makanan.

“Bantuan makanan ini diagihkan kepada 19 keluarga di Seri Gemencheh, Kampung Tengah (6), Felda Bukit Rokan Utara (4), Kampung Air Rawa (4), Felda Bukit Rokan (4), Kampung Batang Rokan (4), Kampung Gedok (4), Gemencheh Lama (3), Kampung Jelawai (3), Kampung Parit Buloh (3), Kampung Punggur (1), Kampung Tenai (1) dan Kampung Sungai Jernih (1).

“Semoga bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga tersebut,’ ujar Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button