Berita

Jeram Padang: Impian keluarga miskin untuk memiliki rumah sendiri tercapai

Usaha Penyelaras DUN Jeram Padang dan Senaling dengan TNB

JERAM PADANG: Impian sebuah keluarga miskin dari Ladang Jeram Padang untuk memiliki rumah sendiri, akhirnya tercapai atas usaha dan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang, Pejabat Penyelaras DUN Senaling dan pihak TNB.

Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu dan Penyelaras DUN Senaling, Tuan Md Rais Basiron berkata, majlis ringkas sempena penyerahan replika kunci kepada keluarga A.Bhroto telah diadakan oleh pihak TNB bersama MPKK Kampung Pekan Jelai dan MPKK Kampung Temeris.

“Permohonan rumah oleh Bhroto dibawa ke pengetahuan saya dan Md Rais oleh Pengerusi MPKK Kampung Temeris Encik Zahari bersama Pengerusi MPKK Kampung Pekan Jelai, Encik Rajukumar.

“Seterusnya permasalahan ini dibawa kepada pihak TNB.

“Alhamdulillah, nasib keluarga Bhroto telah mendapat perhatian pihak TNB melalui Program Mesra Rakyat (PMR) dan pembinaan sebuah rumah untuk keluarga Bhroto telah dimulakan oleh TNB,” kata Musliadi.

Hadir bersama Ketua Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Peruncitan TNB Negeri Sembilan, Encik Mohamad Farizan; Wakil Pejabat Daerah Jempol, Encik Zulkiflee dan Ahli Jawatankuasa MPKK Kampung Temeris dan Kampung Pekan Jelai.

“Semoga dengan penyerahan rumah secara rasmi hari ini dapat menceriakan Encik Bhroto sekeluarga yang telah lama menunggu untuk memiliki sebuah rumah sendiri,” kata Musliadi dan Md Rais dalam kenyataan bersama.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button