Aktiviti

Tujuh pelajar Seri Menanti dapat manfaat Insentif Kecemerlangan IPT

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menyerahkan cek Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada tujuh pelajar dari DUN Seri Menanti.

“Insentif Kecemerlangan IPT merupakan satu inisitiaf Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Apabila menyambung pengajian, pasti memerlukan sumber kewangan untuk perbelanjaan awal pengajian.

“Justeru, bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan pelajar di IPT,” kata Shahran.

Sementara itu seorang usahawan dari DUN Seri Menanti menerima Sijil Geran Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bernilai RM3,000 dari Shahran di Balai Raya Muhibbah Tanjung Ipoh.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button