Berita

59 keluarga Kaum India dan Orang Asal menerima Bantuan Khas Covid-19

SUNGAI LUI: Bantuan Khas Covid-19 merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu rakyat Negeri Sembilan yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman berkata, bantuan bakul makanan ini diagihkan kepada rakyat yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 tanpa mengenal sempadan bangsa, agama dan ideologi politik.

“Sumbangan barangan keperluan dapur ini diagihkan secara berperingkat-peringkat mengikut lokaliti bagi mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kali ini saya telah menyantuni 35 keluarga dari masyarakat Kaum India di Bukit Keramat, Kampung Melor dan Ladang Air Hitam.

“Seterusnya saya menziarahi masyarakat Orang Asal di Kampung Sungai Cherbang dan Kampung Sungai Sot dan menyerahkan sumbangan makanan kepada 24 keluarga.

“Saya berharap dengan bantuan khas ini, ianya dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh 59 keluarga ini di waktu PKP 3.0 ini,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button