Berita

250 kontraktor G1 selesai dilantik

SEREMBAN: Sebanyak 250 kontraktor G1 telah selesai dilantik bagi penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS Negeri Sembilan Fasa 1.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, jumlah tersebut dipilih setelah undian daripada 2,589 kontraktor yang layak dan memenuhi syarat.

“Projek yang diberi ini akan melibatkan seluruh Negeri Sembilan yang mana setiap satunya bernilai RM100,000 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM25 juta.

“Saya meletakkan kepercayaan bahawa kontraktor yang boleh menyiapkan kerja yang diberikan ini mengikut masa yang ditetapkan seerta mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui.

“Dalam masa sama, rakyat boleh menilai sejauh mana kontraktor-kontraktor yang dipilih oleh kerajaan menjalankan tugas mereka.

“Jika terdapat sebarang aduan, saya akan meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya mengemaskini laporan tersebut dan sampaikan kepada saya dan Exco yang bertanggungjawab,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button