Aktiviti

59 pelajar miskin terima Bantuan Anak Sekolah dari Veerapan

REPAH: Seramai 59 pelajar menerima Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) daripada ADUN Repah, YB S.Veerapan.

Veerapan berkata, sumbangan ini adalah daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Untuk Fasa 2 kali ini, bantuan yang diberi sebanyak RM250 seorang di mana sebelum ini pada Fasa 1, kita telah serahkan RM300 seorang, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM550 seorang.

“Senarai penerima dari DUN Repah ini dipilih dari data e-Kasih.

“Adalah hasrat Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir ke sekolah atas alasan kemiskinan,” kata Veerapan.

Veerapan berkata, sumbangan ini diberi secara berperingkat-peringkat dengan empat sesi sehari bagi mengikut SOP yang ditetapkan.

“Saya berharap Bantuan Anak Sekolah ini dapat meringankan beban ibubapa pelajar,” ujar Veerapan.

Majlis penyampaian B.A.S ini berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah, Taman Indah Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button