Berita

Kadar peratus penembusan jalur lebar Negeri Sembilan lebih tinggi

141.9 peratus berbanding kadar kebangsaan 127.4 peratus

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat – Pakatan Harapan) berkata, kadar peratusan penembusan jalur lebar (Broadband) di Negeri Sembilan lebih tinggi berbanding kadar penembusan jalur lebar kebangsaan.

Aminuddin berkata, berdasarkan maklumat statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kadar peratusan penembusan jalur lebar per 100 orang penduduk di Negeri Sembilan setakat suku pertama tahun 2020 adalah 141.9 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding kadar penembusan jalur lebar bagi 100 penduduk kebangsaan iaitu pada 127.4 peratus.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang komprehensif merangkumi penyediaan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang dapat memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih menyeluruh, stabil dan berkualiti.

“Walau bagaimanapun, proses menaik taraf perkhidmatan komunikasi adalah proses yang berterusan dari semasa ke semasa,” kata beliau.

50 Pusat Internet dan 90 WiFi Komuniti

Aminuddin menambah, pelaksanaan Pusat Internet di seluruh negara adalah untuk memenuhi objektif utama dalam merapatkan jurang digital dengan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar secara kolektif kepada
masyarakat bandar dan juga luar bandar.

“Sehingga kini, sebanyak 50 Pusat Internet dan sebanyak 90 WiFi Komuniti terdapat di Negeri Sembilan,” kata¬† Aminuddin menjawab pertanyaan lisan YB Dato’ Ismail Lasim (Senaling – BN) di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Terlebih dahulu Ismail bertanya, berapa peratuskah liputan atau capaian jalur lebar di Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button