Berita

Teo: 39 Tapak Penjaja Setempat dan 817 petak niaga di Seremban

Gunasekaren bertanya penyediaan tapak penjaja di DUN Seremban Jaya

SEREMBAN: Sebanyak 39 lokasi Tapak Penjaja Setempat dengan jumlah keseluruhan 817 petak niaga telah dikenalpasti di seluruh kawasan Majlis Bandaraya Seremban (MBS); kata Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong (Bahau – Pakatan Harapan).

Menjawab soalan YB P.Gunasekaren (Seremban Jaya – Pakatan Harapan); Teo berkata, pihak MBS telah melaksanakan Tapak Penjaja Setempat di seluruh kawasan pentadbirannya secara berperingkat-peringkat.

“Bagi kawasan Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Sri Mawar dan Taman Seremban Jaya, MBS telah mengenalpasti beberapa kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai Tapak Penjaja Setempat.

“Cadangan untuk membaikpulih semula gerai Taman Seremban Jaya, telah dirancang dan peruntukan telah dimohon kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” kata Teo.

Gunasekaren dalam sesi pertanyaan lisan Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, bertanya bilakah kerja-kerja penempatan semula gerai penjaja di Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Sri Mawar dan Taman Seremban Jaya akan dilaksana.

Beliau juga bertanya, adakah sebarang cadangan bagi menyediakan tapak dan gerai kekal di DUN Seremban Jaya.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button