Berita

60 AJK MPKK Zon Ladang Geddes terima watikah lantikan

Penyerahan watikah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Serting

JEMPOL: Seramai 60 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) MPKK dari 4 kampung dalam Zon Ladang Geddes telah menerima watikah perlantikan mereka malam tadi.

Majlis penyerahan watikah ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Geddes dan disempurnakan oleh Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Saya menyeru agar kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik bekerja dalam satu pasukan untuk menangani permasalahan di kampung masing-masing terutama dalam hal kebersihan dan keselamatan kampung,” kata Abdul Rahman dalam ucapan ringkasnya.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Penghulu bagi DUN Serting, Encik Mohd Rosdi Yusuf dan Ketua Polis Balai Ladang Geddes, Tuan OCS R. Kumar.

Foto: Azrin

Show More

Related Articles

Back to top button