Berita

60 keluarga Hindu terima sumbangan Deepavali dari Wan Hasni

Sumbangan wang tunai dan barangan makanan keperluan asas

SIKAMAT: Seramai 60 keluarga beragama Hindu yang kurang berkemampuan dari DUN Sikamat menerima sumbangan kewangan dan barangan makanan keperluan asas dari isteri kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg Datin Seri Hajjah Wan Hasni Wan Yusof,

Sumbangan sempena sambutan Deepavali daripada Pusat Khidmat DUN Sikamat ini, disampaikan oleh Wan Hasni kepada keluarga tersebut dalam satu majlis ringkas di Balairaya Taman Desa Rhu.

“Seramai 60 individu dari keluarga kurang berkemampuan telah menerima sumbangan Deepavali dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan asas.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat memeriahkan lagi suasana sambutan hari Deepavali pada tahun ini, terutamanya dalam situasi pandemik Covid-19.

“Saya mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di DUN Sikamat dan juga seluruh Negeri Sembilan,” kata Wan Hasni.

Show More

Related Articles

Back to top button