Aktiviti

60 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan kewangan sempena Deepavali

BAHAU: Persatuan Sinar Baharu Jempol (PSBJ) dengan kerjasama KeADILan Ranting Pekan Bahau telah menganjurkan Majlis Sumbangan Deepavali Pakatan Harapan Jempol 2020 di Sri Maari Mahligai.

Pengerusi PSBJ dan Ketua Ranting KeADILan Pekan Bahau, Saudara K.Mariappan berkata, sumbangan kewangan dihulurkan kepada 60 keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan Deepavali esok.

“Seramai 20 keluarga dari DUN Bahau, 20 keluarga dari DUN Jeram Padang, 12 keluarga dari DUN Serting dan lapan keluarga dari DUN Palong menerima sumbangan ini.

“Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini,” kata Mariappan.

Turut hadir ADUN Bahau, YB Teo Kok Seong; Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli; Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu dan Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham.

 

Show More

Related Articles

Back to top button