Berita

60 keluarga telah dibantu dalam tempoh seminggu,” Rusli

LINGGI: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dari 21 Jun sehingga 28 Jun 2021, sebanyak 60 keluarga telah menerima bantuan barangan makanan asas dari Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.

“55 keluarga terkesan dengan PKP 3.0 dan lima keluarga pula yang dikuarantinkan akibat Covid-19.

“Setiap hari kami menerima laporan dari MPKK yang terlibat, di mana ada sahaja keluarga yang memerlukan barangan makanan akibat hilang punca pendapatan dan mereka yang terpaksa kuarantin.

“Prihatin dengan apa yang berlaku kami di Pejabat Penyelaras DUN Linggi menghulurkan bantuan segera,” kata Rusli.

Rusli berkata, 60 keluarga yang menerima bantuan makanan adalah dari Kampung Telok, Kampung Pasir Panjang, Kampung Tanjung Agas, Kampung Sungai Sekawang, Kampung Permatang Pasir, Kampung Sawah Sunggala, Bandar Baru Sunggala, Pengkalan Kempas dan Taman Bukit Kempas.

“Terima kasih kepada semua MPKK yang terlibat kerana sentiasa peka dengan permasalahan yang berlaku di kawasan setempat.

“Saya berharap rantaian jangkitan wabak Covid-19 ini dapat diputuskan dengan segera,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button