Aktiviti

Kerajaan Negeri sumbang RM30 ribu kepada Kuil Sri Maha Mariamman Port Dickson

SRI TANJUNG: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menyumbang dana bernilai RM30,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman, Port Dickson.

ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi berkata, sumbangan Kerajaan Negeri ini adalah untuk kerja-kerja membaik pulih kuil tersebut.

“Sebelum ini saya telah mengadakan sesi dialog bersama pengurusan kuil ini dan didapati terdapat banyak kerosakan pada struktur bangunan kuil ini.

“Ada bahagian bumbung kuil ini yang bocor dan apabila hujan, air memasuki ke ruang sembahyang.

“Justeru, diharapkan sumbangan ini dapat menampung sebahagian daripada kos membaik pulih bangunan kuil ini,” kata Ravi.

Ravi dan Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar menyerahkan cek sumbangan tersebut kepada Pengerusi kuil, Encik Thanaraj.

 

Show More

Related Articles

Back to top button