Aktiviti

Pesakit kencing manis kudung kaki dapat perhatian Ravi

Sumbangan kewangan dan barang makanan bernilai RM350 setiap bulan

SRI TANJUNG: Seorang pesakit kencing manis yang kedua-dua kakinya kudung mendapat perhatian ADUN Sri Tanjung, YB Dato’ M.Ravi.

Mewakili Ravi, Pembantu Khas beliau Cik Sharmila dan Encik G.Ganesan telah menziarahi Puan Praveen Rekha di Taman Nesa, Port Dickson.

Ravi menyumbang wang tunai sebanyak RM300 dan barangan keperluan dapur.

“YB Ravi juga berjanji akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM150 dan barangan keperluan dapur bernilai RM200 setiap bulan kepada Puan Praveen.

“Puan Praveen Rekha pesakit kencing manis dan telah hilang kedua-dua kakinya dan kini beliau juga hilang penglihatan.

“Beliau sedang dijaga sepenuh masa oleh suaminya Encik Mahendran,” jelas Sharmila.

Pasangan suami isteri tersebut mengucapkan terima kasih kepada Ravi di atas keprihatinan beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button