Berita

63 pelajar DUN Sri Menanti terima Bantuan Anak Sekolah

SRI MENANTI: Seramai 63 murid Darjah 1 hingga Darjah 6 dan pelajar Tingkatan 1 yang miskin dari DUN Sri Menanti telah menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) dari Penyelaras DUN Sri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Dalam Majlis Penyampaian Bantuan Anak Sekolah di Balai Raya Muhibbah Tanjong Ipoh; Shahran telah menyerahkan RM300 untuk Fasa 1.

“Baki RM250 (Fasa 2) akan diserahkan pada bulan Oktober ini,¬†menjadikan jumlah keseluruhan akan diterima sebanyak RM550.

“Pemilihan penerima ini berdasarkan kepada senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS ) bersumberkan keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih.

“Semoga dengan bantuan ini dapat dimanafaatkan oleh anak-anak untuk perbelanjaan atau pembayaran yuran persekolahan mereka,” kata Shahran.

Shahran berkata, 63 penerima ini adalah dari sembilan buah sekolah di DUN Sri Menanti.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Dato’ Abdul Samad, Sekolah Kebangsaan Dato Idris, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Tanjung Ipoh, Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggeng, Sekolah Kebangsaan Yamtuan Antah Gunung Pasir, Sekolah Kebangsaan Talang, Sekolah Kebangsaan Yamtuan Hitam, Terachi dan Sekolah Kebangsaan Tuanku Laksamana Nasir,” kata Shahran.

Foto: Liza

Show More

Related Articles

Back to top button