Berita

Kerajaan Negeri Sembilan nafi mesej tular bantuan RM1,900

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menafikan mesej yang tular di aplikasi Whatsapp berkaitan bantuan RM1,900 sekeluarga bagi anak kelahiran Negeri Sembilan.

Dalam satu posting di Facebook YAB Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini, menjelaskan terdapat satu mesej yang tular di aplikasi media sosial yang mengatakan anak kelahiran Negeri Sembilan akan menerima bantuan RM1,900 sekeluarga bagi tiga bulan bermula September hingga Disember.

“Pembayaran akan dibayar secara berperingkat RM600 selama dua bulan dan Disember RM700.

“Yang masih bujang akan dapat RM1,000.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan Kerajaan Negeri menafikan sebarang kaitan terhadap mesej tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button