Aktiviti

63 pelajar Seri Menanti terima bantuan persekolahan dari Shahran

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menyerahkan Program Bantuan Anak Sekolah (BAS) kepada 63 pelajar sekolah buat kali kedua di Balai Muhibbah, Tanjung Ipoh.

“Untuk Fasa 2, bantuan ini diberi sebanyak RM250 seorang di mana sebelum ini pada Fasa 1, kita telah serahkan RM300 seorang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM550 seorang.

“Inisiatif dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini bertujuan membantu pelajar yang ibubapanya berpendapatan rendah dan berdaftar dengan sistem data e-Kasih.

“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga,” kata Shahran.

Turut hadir Penghulu Mukim Seri Menanti, Encik Hashim Mohd Taib; Pengerusi MPKK Kampung Kuala Parit, Encik Ali Mat; Pengerusi MPKK Kampung Tengah, Encik Baharudin; Pengerusi MPKK Kampung Sikai, Encik Norzain dan Pengerusi MPKK Kampung Asli Langkap, Tok Batin Yatim Lonchong.

 

Show More

Related Articles

Back to top button