Aktiviti

SMK Datuk Haji Abdul Samad terima sumbangan kewangan dari Ravi

SRI TANJUNG: ADUN Port Dickson, YB Dato’ M.Ravi telah merasmikan pembukaan Bilik Studio AJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad (SDASA).

Ravi menyumbang wang tunai RM500 untuk Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (Bilik SPBT).

“Saya juga berbincang dengan pengetua dan PIBG tentang penambahbaikan prasarana untuk kemajuan sekolah.

“Saya mendapati pengetua juga telah membuat banyak perubahan di persekitaran sekolah,” kata Ravi.

Ravi berkata, beliau akan berbincang dengan Pengerusi MPPK Kampung Arab dan Kampung Hailam untuk membuat pembersihan di sekitar sekolah melalui gotong royong.

“Saya juga bercadang untuk menugaskan anggota RELA pada waktu balik persekolahan demi keselamatan pelajar sekolah,” ujarnya.

Turut hadir sama, Pengetua sekolah, Encik Nor Saidi Jaafar; Guru Penolong Kanan, Encik Salehudin Pungut; Pengerusi MPKK Kampung Arab, Encik Rahamat dan Setiausaha MPPK Kampung Hailam, Encik Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button