Aktiviti

Bantuan Covid-19 kepada pelajar dan pengusaha kantin sekolah

CHUAH: ADUN Chuah, Michael Yek Diew Ching telah menyampaikan bantuan Covid-19 kepada 120 pelajar sekolah di 11 sekolah di DUN Chuah.

Yek turut menyerahkan bantuan kewangan kepada 11 pengusaha kantin sekolah di DUN Chuah.

“Pandemik Covid-19 ini menyebabkan ramai ibubapa yang terkesan dari segi kewangan.

“Justeru, saya telah menyerahkan bantuan RM100 kepada 10 murid dari keluarga kurang berkemampuan dari 11 sekolah di DUN Chuah. Walaubagaimanapun untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, seramai 20 pelajar menerima bantuan kewangan ini.

“Apabila sekolah ditutup untuk tempoh yang lama akibat pandemik Covid-19, pengusaha kantin sekolah juga terkesan dari segi sumber pendapatan.

“Maka saya telah menghulurkan sumbangan RM500 kepada 11 pengusaha kantin sekolah di DUN Chuah,” kata Yek.

Sementara itu, Yek turut menyumbang barang keperluan dapur bernilai RM100 satu set kepada 30 keluarga yang memerlukan bantuan.

Yek juga menyerahkan sekotak pelitup muka (mask) kepada setiap individu yang hadir di majlis penyerahan sumbangan tersebut di Dewan Orang Ramai Kampung India, Bukit Pelandok.

“Saya berharap setiap orang memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan sentiasa menjaga kebersihan supaya tidak dijangkiti dengan wabak Covid-19,” katanya.

Turut hadir semua pengerusi MPKK dan Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson dari DUN Chuah.

Show More

Related Articles

Back to top button