Aktiviti

100 keluarga terima sumbangan Krismas dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur sempena sambutan Hari Krismas kepada 100 keluarga kurang berkemampuan di DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut adalah kepada keluarga yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban kewangan dan memeriahkan sambutan Krismas pada tahun ini.

“Walaupun sambutan pada tahun ini agak sederhana kerana kesan pandemik Covid-19, saya berharap ia tetap meriah,” katanya.

Sementara itu Gunasekaren juga menyarankan semua warga DUN Seremban Jaya termasuk masyarakat dari Sarawak yang sudah lama menetap di sini untuk mendaftar sebagai pemilih undi kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada masyarakat Sarawak yang bersatu hati dan sedang mengusahakan kebun komuniti Sarawak dengan bercucuk tanam di DUN Seremban Jaya,” ujar Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button