Berita

200 individu Tionghua terima ‘Angpau’ bernilai RM100

KUALA PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, YB Nazaruddin Sabtu menyampaikan sumbangan ‘Angpau’ sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada 200 individu kaum Cina di DUN Pilah.

“Semoga sumbangan ‘Angpau’ RM100 ini dapat meringankan beban penerima dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini,” kata Nazaruddin.

Nazaruddin turut mengagihkan limau Mandarin kepada penerima yang hadir di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah.

“Sebahagian sumbangan ini dihantar terus oleh MPKK ke rumah penerima yang mengalami kesukaran untuk hadir,” ujar Nazaruddin lagi.

Pegawai Khas DUN Pilah, Encik Nazarudin Zaizakrani mewakili Nazaruddin menyampaikan sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button