Berita

Budaya kecemerlangan asas kerjaya kakitangan Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Budaya kecemerlangan telah menjadi asas kerjaya kakitangan Kerajaan Negeri Sembilan dalam perkhidmatan awam,” kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pesara atas segala sumbangan dan jasa yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan di Negeri Sembilan.

“Di kesempatan ini, saya ingin menegaskan bahawa bersara daripada perkhidmatan kerajaan tidak bermaksud terhentinya segala aktiviti seharian atau langsung tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

“Persaraan daripada perkhidmatan awam tidak bermakna noktah kepada pengembaraan kita untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu.

“Selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua pesara. Semoga terus cemerlang dalam apa juga aktiviti yang dilaksanakan,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2021 di Klana Resort Seremban.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button