Aktiviti

Belia Orang Asal Kampung Langkap terima sumbangan kewangan Kerajaan Negeri

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyampaikan cek sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Kelab Belia Bersatu Kampung Orang Asli Langkap.

Sumbangan diterima oleh pengerusi kelab tersebut, Suandu Sulim.

“Permohonan sumbangan kewangan ini telah diluluskan oleh YAB Menteri Besar, bagi menjalankan aktiviti tahunan kelab tahun 2021.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu menjalankan aktiviti kelab dan masyarakat Orang Asal yang telah dirancang,” ujar Shahran.

Dalam majlis yang sama di Kampung Orang Asli Langkap, Shahran menyumbang 10 pek barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah, mereka amat gembira dan berterima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembila,” kata Shahran..

Turut hadir Tok Batin, Sulak Panglima Besar; Pemangku Ketua Wanita KeADILan Kuala Pilah, Saudari Noor Zunita Mohd Ibrahim; Pengerusi MPKK Kampung Langkap, Tok Yatim Lonchong dan Timbalan Ketua AMK Kuala Pilah, Saudara Shalia Shazriq.

Show More

Related Articles

Back to top button