Berita

10 pengusaha kantin sekolah terima sumbangan RM500 dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Adun Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan cek bernilai RM500 kepada pengusaha kantin sekolah di bawah DUN Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, sumbangan ini adalah bagi membantu golongan pengusaha kantin yang turut terjejas berikutan pandemik Covid-19; yang tidak dapat berniaga kerana penutupan sesi persekolahan.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para pengusaha kantin,” ujar beliau.

Pengusaha kantin sekolah yang menerima bantuan ini ialah seperti berikut:

1) Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 1 ( Puan Salina Salihudin@Damia Niaga Enterprise) 2) Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 ( Puan Aishah Mat Sarip@Mansor) 3) Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 1 (Puan Norisan Yusoff) 4) Sekolah Kebangsaan Seremban Jaya 2( Encik Mohd Shahfudi Husin@Shahmeza Bina Enterprise 5) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Salak (Puan Chaw Sooi Peng) 6) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Heights (Encik Azli Ismail@Zaimal Enterprise) 7) Sekolah Kebangsaan Taman Sri Mawar ( Encik Rusli Mat Taib) 8) Sekolah Jenis Kebangsan Cina Kampung Baru Rahang (Puan See Lai Mei) 9) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Senawang Estate (Puan Letcheme Davi Chena Wassin) 10) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Seremban (Encik Eswaran Selvaraj@Yames Enterprise)

Show More

Related Articles

Back to top button