Berita

26 pelajar IPT dari Ampangan terima Bantuan Sara Hidup RM1,200

AMPANGAN: Seramai 26 mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari DUN Ampangan telah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Anak Negeri Sembilan untuk tahun 2020 dari ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menerusi Yayasan Negeri Sembilan menyalurkan bantuan RM1,200 setahun kepada mahasiswa terpilih berdasarkan nilai bantuan sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan.

“Seramai 26 orang mahasiswa dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan ini.

“Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan memastikan agenda memartabatkan pembangunan pendidikan akan menjadi agenda utama dalam perancangan Kerajaan Negeri,” kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan berkata, pelbagai bantuan untuk pendidikan disalurkan oleh Kerajaan Negeri seperti Bantuan Anak Sekolah (BAS), Anugerah Pelajar Cemerlang setelah menamatkan pengajian peringkat Institut Pengajian Tinggi, Program ‘Fast Track’ SPM Lepasan Tahfiz, Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah dan pelbagai lagi.

“Saya harap pelajar yang menerima bantuan ini, belajar dengan penuh kesungguhan kerana ilmu yang dipelajari akan memberi manfaat semula kepada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat dan negara,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button