Aktiviti

Shahran bantu OKU berdikari mengusahakan ternakan ayam kampung

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat telah menyumbang 10 ekor anak ayam kampung kepada seorang OKU, Ramlan untuk meningkatkan taraf ekonomi beliau.

“Semoga dengan sumbangan ini Ramlan boleh mengusahakan ternakan ayam kampung untuk dijual.

“Sekurang-kurangnya beliau berdikari dan mendapat pendapatan dengan menjual ayam kampung ini nanti,” kata Shahran.

Sementara itu, Shahran turut melawat ladang ternakan ayam kepunyaan Oun Mohamad di Kampung Padang Lebar, Terachi.

 

Shahran berkata, Oun mengusahakan ternakan ayam tempatan dan luar negara. Pelbagai jenis ayam yang diternak oleh beliau. Pasarannya lebih kepada perniagaan melalui online.

“Oun memohon naik taraf jalan, bekalan elektrik dan air.

“Saya akan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkaitan.

“Semoga perusahaan beliau terus berkembang maju dan memperkasakan ekonomi di kalangan penduduk kampung,” kata Shahran.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button