Aktiviti

Masyarakat India Gemencheh disantuni Latif sempena Pesta Ponggal

GEMENCHEH: Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah mengadakan Majlis Sumbangan Pesta Ponggal DUN Gemencheh 2021.

Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A.Tambi berkata, majlis ini diadakan secara berperingkat mengikut SOP yang ditetapkan bermula jam 8.30 pagi hingga 8.30 malam di pejabatnya.

“Saya telah mengagihkan sejumlah 350 pek barangan keperluan untuk masakan tradisi Ponggal iaitu pasu tembikar, susu, gula pasir, gula merah, kismis, kunyit dan beras sempena Pesta Ponggal yang diraikan oleh masyarakat India.

“Diharapkan sumbangan ini memeriahkan lagi sambutan Pesta Ponggal pada tahun ini,” katanya.

Turut hadir Penghulu DUN Gemenche, Encik Wan Shaharudin; Ahli-Ahli Majlis Daerah Tampin dan Kepimpinan MPKK DUN Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button