Berita

Ismail: Tanaman cili padi fertigasi mampu jana ekonomi penduduk setempat

LABU: Mengusaha tanaman cili padi menggunakan sistem fertigasi mampu jana ekonomi penduduk setempat, kata Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad.

YB Ismail turun padang melawat projek tanaman cili padi menggunakan sistem fertigasi di Kampung Tanjong, Labu.

“Projek yang diusahakan oleh Masjid Kariah Bukit Kadir dengan kerjasama Koperasi Suluh Budiman ini berpotensi membuahkan hasil yang lumayan dan mendapat permintaan besar di pasaran tempatan.

“Industri pertanian mempunyai potensi yang tinggi dalam menjana pendapatan yang baik untuk penduduk luar bandar.

“Usaha ini dapat menyuntik semangat terutamanya kepada golongan muda dalam meningkatkan produktiviti dan merancakkan lagi sektor pertanian

“Saya percaya tanaman cili fertigasi ini mampu jana ekonomi penduduk setempat yang mengusahakannya,” kata Ismail.

YB Ismail dalam lawatan tersebut, mengambil peluang menanam cili padi fertigasi sebagai simbolik pecah tanah tapak projek yang ketika ini masih di peringkat proses meratakan tanah dan penambahbaikan pagar sedia ada.

Hadir sama dalam sesi lawatan ini, Pengerusi MPKK Jalan Sepang, Encik Nurazan Adam; Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Bukit Kadir dan Ahli Koperasi Suluh Budiman.

Show More

Related Articles

Back to top button