Aktiviti

Abd Latif sumbang set kelengkapan pengurusan jenazah

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Abd Latif A.Tambi telah menyerahkan sumbangan set kelengkapan pengurusan jenazah kepada waris masyarakat Islam di DUN Gemencheh bagi membantu meringankan beban mereka.

Abd Latif berkata setiap satu set ini lengkap dengan segala peralatan yang diperlukan untuk urusan itu.

“Kita sediakan set ini bagi membantu keluarga waris dan mereka tidak lagi perlu bersusah payah untuk mendapatkan kelengkapan tersebut.

“Besar harapan kami, agar sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban waris,” katannya.

Abd Latif berkata, set kelengkapan pengurusan jenazah ini boleh diambil di Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.

Show More

Related Articles

Back to top button