Berita

20 mahasiswa Chuah terima bantuan dari Yek

CHUAH: Seramai 20 mahasiswa dari DUN Chuah mendapat bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Mewakili Kerajaan Negeri Sembilan, ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching menyerahkan cek bantuan ini kepada 20 pelajar IPT ini di Dewan Orang Ramai Kampung India, Bukit Pelanduk.

“Syabas dan tahniah kepada anak-anak DUN Chuah kita yang dapat meneruskan pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi.

“Saya berasa bangga dengan anak-anak muda DUN Chuah kerana berusaha untuk meneruskan pengajian mereka ke institut pengajian tinggi.

“Semoga anak-anak DUN Chuah ini maju jaya dalam pendidikan mereka dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Anda semua harapan kita,” kata Yek.

Melalui Insentif Kecemerlangan IPT, pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000; Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Puan Ee Chai Hoon; Pengerusi MPKK Kampung Bukit Pelandok, Puan Chin Fung Lan; Pengerusi MPKK Kampung India, Encik Selvan Muniandy;  Pengerusi MPKK Kampung Pachitan, Encik Amin Harun; Pengerusi MPKK Kampung Sawah, Encik Imran Worsono dan Setiausaha MPKK Kampung Baru Tanah Merah Site A, Puan Koo May Chen.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button