Berita

Yek: Rumah penduduk rosak akibat hujan air batu akan dibaiki segera

CHUAH: Kejadian hujan air batu dan ribut yang mengakibatkan kerosakan bumbung rumah penduduk¬† Kampung Baru Tanah Merah Site C baru-baru ini, mendapat perhatian ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching.

Yek berkata, kejadian hujan air batu dan angin ribut itu telah mengakibatkan kerosakan yang sangat teruk kepada struktur bumbung rumah penduduk.

“Banyak bumbung rumah yang telah pecah dan ada yang diterbangkan angin.

“Lebih kurang 47 buah rumah di Kampung Baru Tanah Merah Site C dan 40 buah rumah di Taman Jimah Jaya terbabit dengan kejadian ini.

“Di Ladang Tanah Merah A1, sebanyak 50 rumah pekerja Sime Darby turut terjejas.

“Saya telah menziarahi mangsa dan akan menyelesaikan masalah bumbung rumah secepat mungkin untuk mengelakkan air hujan masuk ke rumah,” kata Yek.

Yek berkata, beliau telah melaporkan kejadian ini kepada Pegawai Daerah Port Dickson dan juruteknik Pejabat Daerah Port Dickson telah turun padang untuk meninjau keadaan bumbung rumah penduduk yang rosak teruk.

“Pejabat Daerah Port Dickson akan memohon peruntukan bencana alam dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menjalankan kerja baikpulih bumbung rumah mangsa,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Baru Tanah Merah Site C, Encik Wong Kok Loi; Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Encik Shahril Hasmi Iris dan Pegawai Khas ADUN Chuah, Cik Alicial Goh.

 

Show More

Related Articles

Back to top button