Berita

70 keluarga terima sumbangan sayur dari AMK Negeri Sembilan

RANTAU: Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan telah menyantuni 70 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19 di DUN Rantau.

Naib Ketua AMK Negeri Sembilan, Saudara S.Sugumaran berkata, pek sayur-sayuran telah diagihkan kepada 70 buah keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Sayur-sayuran ini diagihkan kepada keluarga yang kehilangan punca pendapatan dan yang kehilangan pekerjaan dalam situasi pandemik Covid-19 akibat PKP 3.0.

“AMK akan terus bersama rakyat yang memerlukan tanpa mengira ideologi politik dan kaum.

“Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang berkemampuan agar tampil bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan,” ujar Sugumaran.

Show More

Related Articles

Back to top button