Berita

70 pelajar IPT Bagan Pinang terima bantuan kewangan dari Nasir

BAGAN PINANG: Seramai 70 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari DUN Bagan Pinang menerima insentif kecemerlangan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman menyerahkan bantuan kewangan tersebut di Balai Raya Kampung Baru Si Rusa petang kelmarin.

“Sebelum ini di bawah Fasa 1 dan Fasa 2, seramai 40 pelajar telah pun menerima bantuan kewangan ini.

“Untuk kali ini, seramai 30 pelajar pula menerima insentif kecemerlangan ini.

“Saya berharap dengan bantuan ini ianya dapat menampung kos permulaan pelajar di IPTA atau IPTS dan secara tidak langsung ianya juga dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan,” kata Nasir.

Nasir dalam ucapannya turut memberi penerangan mengenai pelbagai insentif dan inisiatif yang Kerajaan Negeri perkenalkan kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Semoga pelajar mendapat manfaat daripada bantuan ini di IPTA atau IPTS masing-masing kelak.

“Bagi yang belum memohon, sila hadir ke pejabat saya bagi mendapatkan maklumat permohonan bantuan ini,” jelas Nasir.

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000; Diploma RM750 dan Sijil RM500.

 

Show More

Related Articles

Back to top button