Aktiviti

70 warga emas DUN Chuah terima ‘Duit Raya’ dari Yek

CHUAH: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching menghulur sumbangan kewangan (Duit Raya) kepada 70 orang warga emas berusia 75 tahun dan ke atas.

“Sumbangan wang tunai yang lebih banyak juga diberikan kepada 15 orang warga emas yang sakit dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Saya berharap dengan sumbangan ini, sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih meriah.

“Ramai anak-anak dan cucu yang tidak dapat balik kampunguntuk beraya bersama dengan ibubapa dan datuk nenek mereka di DUN Chuah.

“Semoga sumbangan ini boleh menggembirakan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri,” kata Yek.

Yek juga menyerahkan kad ucapan Hari Raya dari YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kepada mereka untuk menyampaikan Salam Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan MPKK dan masjid setempat yang membantu dengan mengesyorkan senarai nama warga emas terutamanya mereka yang uzur dan kurang kemampuan, agar bantuan dapat dihulurkan kepada mereka,” ujar Yek.

Show More

Related Articles

Back to top button