BeritaMenarik

Sebarang aduan, hubungi terus ADUN atau MBS

SEREMBAN JAYA: Penduduk yang ingin membuat aduan berkaitan kemudahan infrastruktur, kacau ganggu dan sebagainya, diminta menghubungi terus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat atau Majlis Bandaraya Seremban (MBS),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

“Sekiranya penduduk ingin membuat aduan seperti jalan yang rosak, longkang tersumbat, dahan pokok yang reput yang perlu ditebang dan masalah sampah sarap, boleh menghubungi ADUN setempat atau MBS.

“Saya juga ingin menyeru masyarakat untuk menjaga kebersihan rumah sendiri dan kawasan mereka,” kata Gunasekaren dalam Mesyuarat Majlis Penuh MBS.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Bandar MBS, Dato’ Masri Razali dan turut dihadiri oleh Setiausaha MBS, Encik Mas Midyawan Yahya, Ketua Jabatan, Ketua Unit, Ahli Majlis dan Pembantu Ahli Majlis.

Sementara itu, Masri mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli MBS bagi penggal pertama yang telah berkhidmat selama lima tahun (2018-2023).

“Selain daripada ahli-ahli majlis, seramai 1,200 orang pekerja MBS, kakitangan kerajaan dan semua masyarakat Negeri Sembilan mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan aduan tentang isu-isu yang berlaku di sekeliling kita,” ujarnya.

Ucapan penangguhan mesyuarat kali ini disampaikan oleh Ahli MBS iaitu Encik Mohd Tariq Mohd Kamal, Encik Roslan Hassan dan Encik Ng Wing Hon.

Show More

Related Articles

Back to top button