Aktiviti

Shahran cadang penambahbaikan Pekan Ahad Tanjung Ipoh

SERI MENANTI: Meninjau permasalahan infrastruktur dan prasarana di DUN Seri Menanti merupakan antara tugasan utama Tuan Shahran Kaat sebagai Penyelaras DUN Seri Menanti.

Justeru, baru-baru ini Shahran telah membuat lawatan ke tapak Pekan Ahad di Tanjung Ipoh.

“Pekan Ahad tidak asing lagi bagi penduduk kampung di Seri Menanti atau penduduk luar.

“Setiap hari Ahad, ramai pengunjung akan singgah untuk membeli pelbagai barang terutama produk dari penduduk tempatan.

“Dalam lawatan kali ini, beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penduduk setempat.

“Di antara cadangan tersebut ialah memohon baik pulih pagar serta naik taraf saliran longkang, baik pulih tandas awam dan permasalahan gelanggang futsal,” jelas Shahran.

Shahran berkata, beliau juga mencadangkan lanskap perlu diindahkan lagi.

“Pokok yang menganggu pandangan pengguna jalanraya perlu dicantas, selain menghiasi kawasan ini dengan pokok bunga.

“Saya juga mencadangkan bangunan gerai yang sedia ada perlu dinaik taraf. Manakala kawasan tempat letak kereta yang lebih luas boleh dibina di kawasan tanah terbiar di seberang jalan.

“Papan tanda pengenalan tentang lokasi Pasar Minggu atau Pekan Ahad perlu dipasang untuk promosi tempat ini.

“Tapak pembuangan sampah juga perlu dinaik taraf untuk mengelakkan sampah berterabur di luar tong sampah,” ujar Shahran lagi.

Shahran berkata, beliau akan memanjangkan cadangan dan permasalahan ini kepada pihak berkuasa tempatan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button