Berita

TABAH beri perhatian kepada anak muda aktif e-Sport

EKSKLUSIF: Masyarakat perlu terima hakikat bahawa anak muda hari ini sebahagian besarnya minat dalam bidang sukan elektronik (e-Sport).

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) bekerjasama dengan NSEA (Negeri Sembilan Electronic Association) ataupun Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan.

“Kita ada satu pasukan yang telah mewakili Malaysia. Mereka bermula daripada satu pasukan yang sangat sederhana. Mereka tak ada pengalaman dan baru tamat persekolahan.

“Tapi melalui proses bekerjasama dengan TABAH, mereka telah pergi jauh.

“Pada tahun 2022, mereka telah mewakili Malaysia dalam sukan e-Sport dan telah berjaya mendapat pingat gangsa.

“Maknanya pasukan Tabah NSEA telah menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara,” ujarnya.

Mohamad Taufek

Mohd Taufek berkata, ini satu pencapaian yang sangat membanggakan.

“Rupa-rupanya pemain-pemain sukan elektronik ini juga telah menjadi status seperti pemain profesional.

“Kalau dulu kita hanya bayangkan bola sepak saja ada pemain profesional yang dibayar gaji yang lumayan.

“Hari ini sukan elektronik juga telah menuju ke arah yang sama di mana pemain-pemain kita juga telah mula diintai oleh pasukan-pasukan lain dan menawarkan gaji yang agak lumayan juga.

“Justeru itu, perkembangan sukan elektronik perlu kita ikuti dan perlu kita bimbing,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button