Berita

Jelebu: Loke sumbang 100 buah ‘khemah bencana’

CHENNAH: ADUN Chennah, YB Loke Siew Fook menyerahkan 100 buah ‘khemah bencana’ kepada Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim A.Aziz sebagai kesiapsiagaan untuk Pusat Penempatan Sementara sekiranya berlaku sebarang bencana seperti banjir di Daerah Jelebu.

“Pusat Khidmat Rakyat saya turut membekalkan enam set khemah besar kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu untuk kegunaan klinik-klinik kesihatan.

“Saya cuba membantu sedikit sebanyak untuk membekalkan kemudahan yang diperlukan bagi memudahkan urusan petugas barisan hadapan.

“Semoga sedikit sokongan ini meringankan beban dan menyuntik semangat untuk meneruskan tugasan mereka,” kata Loke yang juga merupakan Pengerusi DAP Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button