Berita

Kuarantin Covid-19: Anggota bomba Telok Kemang dapat perhatian Nasir

BAGAN PINANG: Petang kelmarin, Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson, Mejar (B) Hasrin Abdul Samat telah mengunjungi Balai Bomba Telok Kemang susulan daripada maklumat yang diterima bahawa hampir 15 anggota dan empat keluarga telah diarahkan untuk kuarantin akibat kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“Saya menyampaikan sumbangan barangan seperti cecair antiseptik bagi tujuan sanitasi, barangan makanan, lampin pakai buang, face mask dan hand sanitizer.

“Saya harap agar anggota Bomba yang lain lebih berhati-hati, jaga diri dan jaga kesihatan kerana mereka adalah antara frontliners yang bertugas demi rakyat,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button