Aktiviti

Gunasekaren santuni pesakit OKU dan warga emas

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga yang memerlukan bantuan.

Gunasekaren dan Ahli Majlis Bandaraya Seremban Puan Jamilah Said Ali telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur, manakala wang tunai pula didermakan oleh seorang penyumbang yang dikenali sebagai Puan Li Ping dari Kuala Lumpur.

“Beliau menyumbangkan wang tunai buat kali kedua dan sumbangan ini telah diagihkan kepada tiga buah keluarga terpilih di DUN Seremban Jaya.

“Pasangan adik beradik Kumaran dan Elangovan merupakan OKU yang terlantar dan dijaga oleh ibubapanya yang juga merupakan pasangan warga emas di Taman Seremban Jaya

“Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya akan menanggung kos rawatan (pembedahan) pasangan OKU ini tidak lama lagi.

“Keluarga ini juga boleh menarik nafas lega kerana permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diluluskan kepada dua adik beradik OKU ini, yang akan diterima bermula bulan Januari 2021,” jelas Gunasekaren.

Keluarga kedua yang diziarahi ialah pasangan warga emas Xu yang terpaksa menjaga suaminya, Chai Tuck Chuan yang sakit terlantar sejak beberapa tahun yang lalu.

“Chai telah hilang upaya untuk menguruskan diri sendiri telah menerima sumbangan wang tunai.

“Seorang lagi pesakit OKU yang terlantar ialah Encik Abu Bakar daripada Taman Tuanku Ampuan Najihah. Beliau menerima sebuah tilam dan wang tunai,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren mengucapkan terima kasih kepada Puan Li Ping di atas keprihatinan beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button