Berita

Segerakan vaksinasi pelajar sekolah rendah: Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia menyegerakan proses vaksinasi pelajar sekolah rendah yang berumur tujuh hingga 11 tahun.

“Memandangkan kini sudah ada ancaman varian Omicron, maka proses vaksinasi bagi pelajar darjah satu hingga lima amatlah perlu.

“Selain itu bagi mengurangkan risiko pelajar sekolah rendah dengan Covid-19, saya juga meyarankan agar kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) dimulakan semula.

“Lebih-lebih lagi sesi persekolahan hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi sebelum sesi persekolahan yang baru bermula pada Mac,” kata Cha.

Menurut Cha, beliau telah menghubungi Perdana Menteri pada 5 Februari dan mencadangkan supaya PdPR dilaksanakan segera.

“Perdana Menteri telah menjawab dengan jawapan bahawa quartet menteri yang berkaitan akan berbincang tentang perkara ini,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button