Berita

Chuah: Dewan Kampung Baru Tanah Merah Site A siap dibina

Yek bantu baiki pagar Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah

CHUAH: Dewan Besar Kampung Baru Tanah Merah Site A telah pun siap dibina. Justeru, berlangsung majlis penyerahan kunci dewan secara ringkas di Pusat Khidmat Rakyat DUN Chuah.

ADUN Chuah, YB Dato’ Yek Diew Ching menyerahkan kunci dewan kepada Pengerusi MPKK Kampung Baru Tanah Merah Site A, Encik Ting Hang Hung.

“Diharapkan dewan ini digunakan sebaik mungkin untuk aktiviti kemasyarakatan di perkampungan ini,” kata Yek.

Turut hadir wakil Pejabat Daerah Port Dickson, Puan Adilla, Puan Nur Fadhilah dan Puan Emilia.

Sementara itu, ADUN Chuah berkesempatan melawat Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah bersama Pengerusi MPKK Kampung Sawah, Encik Imran Worsono dan Timbalan Pengerusi PIBG sekolah tersebut.

“Saya akan tolong membaiki pagar sekolah yang rosak dan membekalkan cat untuk projek keceriaan sekolah.

“Saya juga menyumbang pelitup muka (face mask) kepada setiap guru dan kakitangan sekolah.

“Pihak sekolah dan PIBG boleh hubungi saya pada bila-bila masa sekiranya memerlukan sebarang bantuan tertentu.

“Saya boleh melihat keperluan bantuan tersebut sekiranya sesuai,” ujar Yek.

Show More

Related Articles

Back to top button