Berita

72 pelajar dari 15 sekolah DUN Johol terima Bantuan Anak Sekolah

JOHOL: Penyelaras DUN Johol, YM Tunku Yazid Tunku Adzim telah menyerahkan Bantuan Anak Sekolah (B.A.S) Fasa 1 kepada 72 orang murid dari 15 buah sekolah dalam DUN Johol.

Menurut Tunku Yazid, bantuan yang dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pada Mac 2019, merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup keluarga miskin.

“Pelajar-pelajar yang terpilih menerima bantuan sebanyak RM300 seorang untuk serahan Fasa 1, manakala  baki RM250 di bawah Fasa Kedua akan diserahkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Saya berharap dengan bantuan ini, pelajar-pelajar ini lebih bersemangat ke sekolah,” kata Tunku Yazid.

Turut hadir Pembantu PPD USTP Daerah Kuala Pilah, Encik Mohd Idham Faiz Ab Karim.

Ibubapa yang menerima bantuan B.A.S ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan atas keprihatinan terhadap pelajar-pelajar ini.

Show More

Related Articles

Back to top button