Aktiviti

Golongan OKU dan berpenyakit kritikal disantuni Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Seramai 12 individu terdiri dari golongan OKU dan berpenyakit kritikal menerima sumbangan barangan keperluan dapur dari ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

“Program sumbangan barangan keperluan dapur ini telah dilaksanakan sejak tahun lepas dan diagihkan secara berperingkat di dalam DUN Seremban Jaya.

“Untuk hari ini, sumbangan diagihkan kepada 12 keluarga di Taman Bukit Sri Senawang dan Taman Tuanku Ampuan Najihah

“Semoga sumbangan ini dapat membantu dan meringankan sedikit beban keluarga terbabit,’ kata Gunasekaren.

 

Show More

Related Articles

Back to top button